Sambutan pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu ' Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' . Oleh yang demikian umat Islam digalakkan untuk bersederhana dalam aspek kehidupan. Semoga kita sama-sama dapat mencontohi pendekatan kesederhanaan dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW yang menjadikan pendudukan Madinah contoh terbaik .
Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Altantowi bin Yusoff ( PU Towi) peserta Pencetus Ummah dan diakhiri dengan Jamuan untuk semua hadirin.
Semoga dengan program ini dapat membangkitkan rasa cinta kepada Rasullullah SAW dan merapatkan lagi saliturrahim dikalangan penduduk Taman Mahsuri. Insyaallah.
| Pendaftran kontijen perarakan |
| sarapan pagi disediakan untuk peserta perarakan. |
| peserta-peserta perarakan menunggu dimulakan. |
| urusetia |
| Kumpulan Kompang KRT Taman Mahsuri mengetuai perarakan. |
| berbagai lapisan masyarakat menyertai perarakan. |
| Pengerusi KRT bersama Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu turut serta dalam perarakan. |
| Tuan Hj.Razif mengetuai kumpulan Selawat |
| peserta bukan Islam turut serta berarak. |
| warga emas pun turut berarak. |
| Kontinjen MRSM Kubang Pasu. |
| Taman Mahsuri berselawat. |
| Ceramah oleh PU Thowi |
| Jamuan untuk semua. |